Netanyahu: Al-Quds pernah menjadi milik kami, dan akan tetap menjadi milik kami

AL-QUDS, 2 Jun 2016 (MEMO) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu semalam berikrar untuk memastikan al-Quds tetap berada di bawah kawalan rejimnya.

Ketika berucap sempena ulang tahun ke-49 Parlimen Zionis (Knesset) di al-Quds beliau berkata, “Asas kita lebih mendalam daripada bangsa-bangsa lain, termasuklah Temple Mount [tapak Masjid al-Aqsa]. Jerusalem [al-Quds] pernah menjadi milik kita, dan akan tetap menjadi milik kita.”

“Israel tidak perlu mencari alasan untuk wujud di Jerusalem,” tegas beliau. “Saya percaya Perang Enam Hari telah memberi penjelasan kepada musuh bahawa kita akan berada di sini selama-lamanya.”

Kenyataan beliau dbuat hanya dua hari selepas mengumumkan untuk menyertai rundingan damai yang akan melibatkan pengunduran Zionis dari wilayah Palestin sebelum 1967.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts