Netanyahu benarkan Ahli Parlimen Zionis ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Julai 2018 — Buat pertama kali sejak dua-setengah tahun lalu, Perdana Menteri Zionis Benjamin Netanyahu hari ini memberi kebenaran kepada Ahli-Ahli Parlimennya menceroboh masuk Masjid al-Aqsa.

Dalam kenyataan bertulisnya kepada Speaker Parlimen Yuli Edelstein, Netanyahu menyebut bahawa Ahli-Ahli Parlimen sepatutnya dibenarkan menceroboh sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tiga bulan.

Pada bulan Oktober 2015, Netanyahu melarang Ahli-Ahli Parlimen Zionis menceroboh masuk tapak suci Masjid al-Aqsa, sebagai langkah mengurangkan ketegangan apabila tercetusnya Intifadah al-Quds.

Kumpulan pelampau Yahudi berulang-ulang kali menyeru rejim Zionis mengambil alih kawalan ke atas perkarangan Masjid al-Aqsa.

Walaupun mereka tidak dibenarkan masuk atau melakukan ritual di atas tapak suci umat Islam itu, pendatang Yahudi mendapat perlindungan oleh pasukan polis Zionis bagi menjamin keselamatan ketika mereka menceroboh masuk.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts