BAITULMAQDIS, 21 Dis 2017 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu mendesak Ketua Parlimen Zionis, David Amsalem, supaya mengusulkan undang-undang kebangsaan yang akan menggolongkan bangsa Arab dalam negara haram itu sebagai golongan kelas kedua.

Semalam, Amsalem memulakan tugas beliau sebagai ketua parlimen (Knesset) menggantikan Ahli Parlimen David Bitan yang meletak jawatan bersabit tuduhan pecah amanah.

Kenyataan Netanyahu menyebut, “Salah satu misi utama pengerusi koalisi, Amsalem, adalah untuk meluluskan undang-undang kebangsaan, salah satu perundangan yang sangat penting dalam sejarah Israel.”

Undang-undang tersebut diusulkan oleh wakil parti Likud, Avi Dichter, empat tahun lalu. Ia akan membentuk undang-undang dasar kepada konsep negara Israel sebagai negara untuk kaum Yahudi. Ia menetapkan isu Yahudisasi sebagai simbol-simbol negara, Baitulmaqdis sebagai ibukota, Ibrani sebagai bahasa rasmi, hak Yahudi untuk berpindah ke Israel, penempatan haram Yahudi, hubungan dengan Yahudi di luar negara, penggunaan kalendar Ibrani, serta status tapak-tapak suci.

(DoP)

SHARE