BAITULMAQDIS, 18 Mac 2019 — Perdana Menteri Zionis Benjamin Netanyahu hari ini berikrar untuk membina segera 840 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Ariel di Salfit.

Berucap ketika melawat kawasan insiden pembunuhan di Salfit semalam, Netanyahu berkata beliau telah mengarahkan supaya rumah penyerang tersebut dimusnahkan. “Kita kenal identiti penyerang,” kata beliau dengan menambah bahawa tentera Zionis sedang menjejak suspek.

Tentera Zionis sebelum ini mengumumkan nama Omar Abu Laila, 19, sebagai suspek. Awal pagi semalam, mereka menyerbu rumah dan menginterogasi ahli keluarga Omar selama beberapa jam.

(PIC)

SHARE