Netanyahu ikrar tidak akan tinggalkan penempatan haram di Tebing Barat

AL-QUDS, 29 Ogos 2017 — Beberapa hari selepas Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengadakan perbincangan tentang rundingan damai bersama satu delegasi Amerika, pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu menyatakan ikrar untuk tidak sama sekali meninggalkan penempatan-penempatan haram Yahudi yang di bina di Tebing Barat.

“Kami akan tetap (di Tebing Barat) untuk selama-lamanya. Tidak akan ada lagi penutupan kawasan penempatan di bumi Israel. Ini adalah warisan dari nenek moyang kita. Ini adalah tanah kita,” ikrar beliau di hadapan perhimpunan pendatang Yahudi di penempatan haram Barkan, bagi merayakan ulang tahun ke-50 pembinaan penempatan haram di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts