Netanyahu ikrar untuk bantu kerja penggalian di bawah Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 24 Okt 2016 (MEMO) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu berikrar akan membantu kerja-kerja penggalian di bawah Masjid al-Aqsa, sebagai respon terhadap resolusi UNESCO yang menafikan kaitan Yahudi dengan tapak suci umat Islam itu.

Sambil menyifatkannya sebagai “misi kebangsaan,” Netanyahu menegaskan pemerintahan beliau akan memberi apa jua bantuan bagi kerja-kerja penggalian bagi membuktikan kaitan Yahudi dengan al-Aqsa dan kota al-Quds. Rejim Zionis turut bersetuju untuk meluluskan rancangan mewajibkan semua penduduknya mengambil bahagian dalam kerja-kerja penggalian sebelum melalui kerahan latihan tentera.

Pada masa yang sama, Netanyahu mengkritik keras UNESCO, kononnya badan dunia itu mengabaikan serangan kumpulan pengganas Daesh yang memusnahkan tapak-tapak bersejarah dunia.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts