Netanyahu isytihar Bab al-Amoud di Baitul Maqdis sebagai kawasan larangan tentera

BAITUL MAQDIS, 18 Jun 2017 (PIC) — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu semalam mengisytihar Bab al-Amoud (Pintu Damaskus) berdekatan Masjid al-Aqsa sebagai kawasan larangan tentera.

Tindakan tersebut bertujuan menghukum penduduk Palestin di kota suci itu, berikutan insiden serangan oleh tiga orang penduduk Palestin yang mengorbankan seorang anggota wanita polis Zionis mencederakan enam orang Yahudi Jumaat lalu.

Dengan pengisytiharan tersebut, penduduk Palestin dilarang mendekati atau berada di kawasan Bab al-Amoud serta di laluan masuk ke kawasan kedai berdekatan.

Dalam mesyuarat tergempar sejurus selepas insiden tersebut, Netanyahu pengarahkan pemimpin pasukan keselamatan dan perisikan supaya meningkatkan kawalan keselamatan dan menyekat pergerakan penduduk Palestin di Baitul Maqdis dan sekitarnya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts