Netanyahu: Kejatuhan Uhmaniyah buka laluan kepada kebangkitan Zionis

LONDON, 12 Nov 2018 — Perang Dunia Pertama telah mengakhiri Khalifah Uthmaniyah dan membuka laluan kepada “kebangkitan pergerakan Zionis”.

Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu berkata demikian dalam siri tulisan beliau di media sosial Twitter bersempena ulang tahun ke-100 berakhirnya perang tersebut, semalam.

“Perang ini sangat penting dalam sejarah bangsa kita di mana ratusan ribu pejuang Yahudi mengambil bahagian,” tulis beliau. “Ini menunjukkan kebangkitan masa hadapan yang membina kekuatan kita untuk mempertahankan diri.”

Palestin merupakan sebahagian daripada wilayah pemerintahan Uthmaniyah. Rejim Zionis mengisytiharkan penubuhan negara “Israel” pada tahun 1948, selepas mengusir keluar hampir sejuta penduduk Palestin dari rumah mereka – peristiwa yang digelar sebagai Nakba.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts