AL-QUDS, 3 Okt 2017 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu hari ini membuat lawatan kali kelima ke penempatan haram Ma’ale Adumim sejak awal tahun ini, akur kepada tekanan pelampau Yahudi supaya membina lebih banyak rumah-rumah baharu.

Menurut Batuk Bandar Benny Kashriel, Netanyahu didesak melihat sendiri apa yang berlaku di Ma’ale Adumim, khususnya masalah perumahan.

Sebelum ini, Netanyahu turut melawat penempatan haram Ariel dan Betar Illit, menyampaikan ucapan sambutan “dua jubli” menandakan 50 tahun penjajahan ke atas Tebing Barat.

Ma’ale Adumim dibina pada tahun 1975 di atas tanah penduduk Palestin berdekatan bandar Eizariya dan Abu Dis. Ia diisytihar sebagai sebuah bandaraya pada tahun 1991. Penempatan ini terletak di tengah-tengah Tebing Barat, tujuh kilometer dari kota al-Quds.

(MEMO, PIC)

SHARE