Netanyahu Percepat Pembinaan Haram Untuk Pancing Undi

AL-QUDS, 24 Feb 2015 (RT) — Rejim Zionis mempercepatkan pembinaan penempatan haram baharu di Tebing Barat, sehingga mencatat rekod tertinggi tawaran tender pembinaan sejak 10 tahun lalu. Peningkatan keseluruhan telah mencecah sehingga 40%.

Sepanjang tahun 2014, dengan gagalnya rundingan yang ditaja oleh Amerika bulan April lalu, rejim pimpinan Netanyahu itu telah menawarkan tender membina penempatan Yahudi sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan tempoh sepanjang 2009-2013. Sehinggakan Netanyahu sanggup menggadai hubungan intim dengan pentadbiran Obama demi memancing undi pendatang Yahudi. Pilihanraya negara haram itu akan diadakan pada 17 Mac depan.

Sebanyak 4,485 tender telah ditawarkan sepanjang 2014, iaitu peningkatan sebanyak 20% berbanding tahun 2013. Sedangkan pada tahun 2007, hanya sebanyak 858 tender ditawarkan. Menurut statistik pertubuhan Peace Now, peningkatan sebanyak 40% telah bermula pada tahun lalu.

Lebih 68% pembinaan dibuat di kawasan tidak sepatutnya, sebagaimana yang terdapat dalam terma rundingan dengan pihak Otoriti Palestin tajaan Amerika.

Tahun lalu, Bahagian Penempatan Pertubuhan Zionis Sedunia telah menerima bajet sebanyak US$100juta. Pertubuhan ini merupakan penerima terbesar bajet negara haram itu. Sungguhpun Bahagian Penempatan dibiayai sepenuhnya oleh rejim, perbelanjaanya sentiasa dirahsiakan.

Sejak Perang 1967, Zionis telah membina perumahan untuk lebih setengah juta pendatang Yahudi di atas tanah rakyat Palestin. Hari ini, lebih 350,000 orang Yahudi tinggal di Tebing Barat, manakala 200,000 lagi di al-Quds Timur.

rt-02

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts