Netanyahu: Rakyat Palestin harus Akui Negara Yahudi

25 Okt – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan pada hari Sabtu kelmarin (24/10), bahawa rakyat Palestin harus mengakui Israel sebagai sebuah negara Yahudi, jika rakyat Palestin ingin hidup dalam damai. Netanyahu mengatakan kepada Washington Post bahawa Israel bukan dua negara.

“Ini adalah tanah air setiap orang Yahudi. Dan ada persetujuan umum yang sangat luas di Israel bahawa masalah pelarian Palestin harus diselesaikan di luar perbatasan Israel. ” ujarnya.

Netanyahu mengatakan bahawa Palestin harus membuat perjanjian damai akhir dengan “negara Yahudi Israel.”

Kenyataan Netanyahu yang bongkak itu seperti ditujukan terhadap Hamas. Netanyahu bersikap bongkak kerana dia dan bangsa Israelnya benar-benar tidak tahu malu, menjajah Palestin namun kemudian bertindak seolah-olah Palestin menindas bangsa Yahudi. (sa/aby/saq)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts