Netanyahu rasmi pembinaan penempatan haram di Beit Lahm

BEIT LAHM, 3 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis menutup laluan ke perkampungan Wadi Fukin di kota Beit Lahm sebagai persediaan menyambut pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dalam majlis pecah tanah pembinaan 1,100 rumah baharu bagi perluasan kawasan penempatan haram Beitar Illit.

Jalan tersebut dihalang dengan timbunan tanah, menyekat sama sekali pergerakan penduduk Palestin.

Dianggarkan seramai 600,000 pendatang Yahudi tinggal di 196 kawasan penempatan haram yang diiktiraf oleh rejim Zionis, yang dibina di atas tanah penduduk Palestin di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts