Netanyahu: UNRWA Mesti Dilupuskan

BAITULMAQDIS, 8 Jan 2018 — Pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu dalam mesyuarat mingguan kabinet semalam berkata bahawa Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mesti dilupuskan.

Dalam kenyataan beliau tentang rancangan Amerika untuk menghentikan dana bantuan kepada UNRWA, Netanyahu mendakwa badan PBB itu sebagai pemelihara masalah pelarian Palestin, yang membawa naratif “hak untuk kembali” dengan tujuan menghapuskan “negara Israel”.

Netanyahu telah membuat cadangan supaya dana untuk UNRWA dipindahkan secara beransur-ansur kepada Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Banga-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts