NGO Zionis danai pembunuh Abu Khdeir

LONDON, 27 Apr 2017 (MEMO) — NGO Zionis, Honenu, dilaporkan telah menyumbang ribuan dollar kepada pelampau-pelampau Yahudi, termasuk Yosef Ben-David iaitu salah seorang pembunuh remaja Palestin Mohammed Abu Khdeir.

Ben-David telah dijatuhkan bersalah menculik dan membakar hidup-hidup Abu Khdeir bersama dua rakannya pada tahun 2015. Ben-David juga pernah bersalah cuba menculik seorang kanak-kanak Palestin berumur tujuh tahun dari Beit Hanina di al-Quds.

Kenyataan balas NGO tersebut terhadap laporan media menyebut bahawa ianya adalah sebuah NGO yang memenuhi semua syarat dan undang-undang serta tidak pernah cuai membayar cukai.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts