Nilai Umat Islam dari kacamata Yahudi

Sebelum kita mengambil keputusan mempertimbangkan untuk menerima tawaran damai dengan Yahudi, adalah lebih baik kita mengetahui terlebih beberapa kenyataan dan ucapan para pemuka Yahudi dan rabai-rabai mereka terhadap isu umat Islam Palestin. Bagi mereka, umat Islam di Palestin langsung tidak ada nilainya kerana nilai dan world view mereka sangat memandang rendah dan hina umat Islam di Palestin. Nilai dan world view Yahudi adalah berlandaskan kitab Talmud yang 100% telah bertentangan dengan kitab Taurat. Kitab Talmud mengarahkan Yahudi untuk bersikap rasis terhadap bangsa lain. Di antaranya memandang rendah serta menggelar bangsa selain dengan gelaran yang hina seperti Goy atau Goyim yang membawa maksud manusia lembu. Ia bukan satu dakwaan semata-mata, bahkan ia telah dimanifestasikan melalui kenyataan seorang tokoh Yahudi yang berbunyi:

“(Orang Palestin) tidak lain hanyalah binatang yang berjalan di atas dua kaki.” [Menahem Begin].
Yahudi memandangkan manusia khususnya umat Islam di Palestin sebagai seekor haiwan, oleh sebab itulah Yahudi dengan kejamnya membunuh rakyat Palestin tanpa rasa belas kasihan sama ada lelaki, perempuan, orang tua atau kanak-kanak. Tindakan kejam tersebut juga disokong dengan kenyataan seorang tokoh Yahudi yang berbunyi:

“Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, menggertak, penyitaan tanah dan pemutusan semua khidmat sosial untuk membersihkan tanah Galile dari penduduk Arab.” [Israel Koenig].

Ini membawa maksud, keinginan mereka untuk menguasai bumi Palestin telah menghalalkan semua cara sama ada dengan konspirasi licik mahupun tindakan keganasan yang melampaui akal fikiran waras manusia normal. Sejarah juga telah membuktikan betapa benarnya kenyataan ini, Yahudi dengan rakusnya menceroboh dan merampas bumi Palestin kemudian mendakwa tanah tersebut adalah milik dan hak mereka. Mengapa begini? Menurut kitab Talmud:

“Jika seseorang Yahudi telah mengayunkan penyodoknya ke tanah milik Goy, maka ia telah menjadi tuan keseluruhan tanah tersebut” [Baba Batra, 55 a].

Doktrin ini bukan hanya di atas kertas kitab Talmud sahaja, ia juga telah dimanifestasikan melalui ucapan seorang tokoh Yahudi:

“Kita nyatakan secara terbuka bahawa orang Arab tidak mempunyai hak untuk tinggal walaupun satu sentimeter pun di Erzt Israel” [Rafael Eitan].

Yahudi berusaha siang dan malam untuk merealisasikan penyataan tersebut, di antaranya dengan menghapuskan fakta-fakta, simbol-simbol sejarah di bumi Palestin. Contohnya, kawasan perkuburan para sahabat Nabi SAW telah dihapuskan dan dijadikan sebagai taman permainan kanak-kanak. Perbuatan biadab Yahudi tersebut dibahaskan oleh seorang tokoh Yahudi:

“Perkampungan Yahudi kita bangun di atas bekas perkampungan Arab, bahkan kita tidak pernah tahu nama perkampungan Arab tersebut dan saya tidak dapat menyalahkannya karena buku-buku geografi sudah tidak lagi dibaca. Lagipun perkampungan Arab sudah tidak lagi ada di sana.” [Moshe Dayan].

Yahudi memang sangat tergila-gilakan bumi Palestin, bukan hanya kerana kononnya Palestin tanah tumpah darah mereka serta terletaknya Haikal Sulaiman, akan tetapi kerana juga sifat tamak mereka yang luar biasa. Ariel Sharon pada tahun 1998 pernah berkata:

“Setiap orang harus bergerak, berlari dan merebut puncak bukit sebanyak mungkin untuk memperluaskan penempatan, kerana apa yang kita rebut hari ini akan menjadi milik kita untuk selama-lamanya… Apa yang tidak kita rebut akan menjadi milik mereka.”

Kerana sifat tamak inilah menyebabkan mereka cuba merampas bumi Palestin dengan pelbagai cara. Ternyata dalam sejarah manusia, cara yang digunakan oleh Yahudi tidak pernah bersifat toleransi, melainkan asas kekerasan dan keganasan menjadi pilihan mereka. Mengapa begini dan benarkah ia begitu? Yoram Bar Porath telah menyatakan sebagaimana dilaporkan dalam Haaretz pada April 1969:

“Adalah menjadi kewajiban dari setiap pemimpin Israel untuk menjelaskan kepada masyarakat, dengan cara yang jelas dan berani, mengenai beberapa fakta tertentu yang telah dilupakan bersama berlalunya masa. Yang paling utama ialah bahawa tidak ada yang namanya Zionisme, kolonialisasi atau negara Yahudi tanpa pengusiran orang Arab dan penyitaan tanah mereka.”

Inilah prinsip dan asas mereka, oleh yang demikian, masih bolehkah kita hanyut dalam mimpi dengan menyatakan bahawa perdamaian Yahudi adalah langkah yang baik? Tidak cukupkah beratus-ratus janji damai yang dikhianati Yahudi dijadikan pengajaran? Mari kita menilai sebuah kenyataan yang menggambarkan tindakan nekad dan konsisten Yahudi:

“Kekuatan (ketenteraan) adalah satu-satunya yang mereka (rakyat Palestin) fahami. Kita akan gunakan kekuatan secara maksimum sehingga orang Palestin akan mendatangi kita dengan merangkak.” [Rafael Eitan].

Inilah tindakan yang akan terus digunakan oleh Yahudi selama-lamanya. Jika mereka berhenti bertindak, jangan disangka mereka telah menyerah kalah atau kecewa atau sudah berhenti bermimpi. Akan tetapi mereka sedang melaksanakan pelan dan tindakan yang lebih licik dan keji kerana inilah tekad mereka:

“Kita harus membuat segala usaha untuk menjamin agar mereka (pelarian Palestin) tidak akan kembali (ke Palestin).”[Ben Gurion].

Di antara tindaka yng pernah mereka lakukan ialah menjatuhkan moral dan meruntuhkan motivasi umat Islam Palestin untk terus tinggal di bumi Palestin melalui tekanan-tekanan fizikal, psikologi dan sosial. Rabin dalam melaksanakan Rencana Dalet pada tahun 1960 berkata:

“Kita akan mengurangkan peranan penduduk Arab (di Palestin) dengan menjadikan mereka tidak lebih hanya sekadar tukang potong kayu dan pelayan.”

Yahudi terus mengamalkan dasar apartheid bagi tujuan merendah-rendahkan, menghina dan meruntuhkan semangat umat Islam Palestin untuk terus menetap di Palestin.

Setelah menilai penyataan-penyataan tokoh-tokoh ekstrem Yahudi tersebut, adakah perlu kita pertimbangkan untuk berdamai dengan Yahudi? Perlukah kita sebagai umat Islam masih boleh berasa tenteram dengan propaganda Yahudi yang berupa janji-janji manis? Sebagai penutupnya, baik kita menilai pandangan Perdana Menteri Pertama Yahudi terhadap isu di Palestin:

“Sekiranya saya seorang pemimpin bangsa Arab, saya tidak akan pernah membuat perdamaian dengan Israel. Ini wajar kerana kita telah merampas negeri mereka.” [David Ben Gurion]

Sumber: palestinefolder.blogspot.com

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts