Nostalgia Nakba 1948

Mohammed Fares El-Majdalawi, seorang rakan dan juga sukarelawan MECA di Gaza, telah berkongsi gambar-gambar yang menyayat hati dari Gaza. Dia mengambil gambar-gambar tersebut sepanjang 22 hari serangan Israel di Gaza dan juga beberapa hari selepas “gencatan senjata” diumumkan untuk mendokumentasi kemusnahan dan keperitan yang dialami oleh penduduk awam.

Mohammed menulis, “Gambar-gambar ini menunjukkan kanak-kanak dan kehidupan di Gaza semasa dan selepas serangan. Saya mengambil gambar-gambar ini di kem-kem penempatan, sekolah-sekolah, hospital-hospital, di luar kedai roti sambil penduduk beratur untuk membeli roti, dan juga di jalan-jalan raya ketika penduduk keluar daripada rumah-rumah mereka di antara pengeboman tentera Israel.”

Mohammed tinggal di Kem Penempatan Jabalia di utara Gaza. Dia berkata, “Keadaan di sini mengingatkan keluarga beliau kepada Al-Nakba (malapetaka) tahun 1948.”

Bekalan elektrik masih belum pulih di tempat beliau tinggal. Dia mengambil masa berjam-jam mencari tempat yang mempunyai sambungan internet dan bekalan elektrik untuk berkongsi gambar-gambar ini dengan kami. Silalah lihat dan sebarkan kepada rakan-rakan.

Mohammed akan memasukkan deskripsi bagi gambar-gambar tersebut. Buat masa ini, saya fikir gambar-gambar tersebut sudah cukup untuk menyampaikan mesej yang terkandung disebaliknya.

Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

MECA (Middle East Children’s Alliance) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organization) yang berdaftar di Berkeley, California.

[Blog MECA/terjemahan: HALUANPalestin]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts