Obama: Kaum Yahudi Amerika Berjasa Besar Kepada AS

obamaPresiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengistiharkan bulan Mei sebagai bulan Yahudi-Amerika atau May Jewish American Heritage Month.

Ketika mengumumkan deklarasi itu, Obama secara tidak langsung mengakui bahawa negara Amerika Syarikat (AS) adalah negara Yahudi.

Ia mengatakan bahawa “Amerika Syarikat tidak akan menjadi negara yang kita kenali sekarang tanpa keberhasilan yang diraih oleh kaum Yahudi Amerika.”

“Saya menyeru kepada seluruh warga Amerika untuk memperingati warisan para Yahudi Amerika yang menjadi kebanggaan kita dengan perayaan dan kegiatan-kegiatan yang bermanfaat,” ajak Obama.

Dalam ucapannya, Obama memuji sikap Yahudi Amerika yang pantang mundur dalam mengejar cita-cita mereka dan dalam melewati masa-masa sukar. “Yahudi Amerika berhasil menaklukan tentangan-tentangan yang biasa dihadapi oleh para imigran dan mereka juga telah memberi sumbangan yang tidak terhitung banyaknya,” ujar Obama.

Presiden AS itu juga mengatakan bahawa para pemuka Yahudi Amerika memegang peranan penting di pelbagai lembaga pemerintahan AS, di setiap peringkat. “Bahkan banyak Yahudi Amerika yang telah mengorbankan jiwanya dalam pasukan angkatan bersenjata AS,” sambung Obama.

Kebanggan Obama terhadap Yahudi nampaknya melebihi kebanggan orang Yahudi sendiri. Ia memuji komuniti Yahudi Amerika yang disebutnya telah memberikan contoh yang baik bagi rakyat AS. (ln/htz)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts