OCHA: 90,000 penduduk Gaza masih tidak mempunyai tempat berteduh

NEW YORK, 13 Jun 2016 (PIC) — Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dalam laporan tahunannya menganggarkan seramai 90,000 penduduk Gaza masih tidak mempunyai tempat berteduh sehingga pertengahan tahun 2015.

Laporan tersebut mendakwa bahawa punca utama penderitaan penduduk awam Gaza itu adalah serangan tentera Zionis pada tahun 2014 lalu, dan dikeruhkan lagi dengan sekatan yang dikenakan sejak 10 tahun lalu serta penutupan berterusan pintu lintasan Rafah di sempadan Mesir.

OCHA juga berpendapat perpecahan di kalangan pemimpin Palestin menjadi salah satu daripada punca kegagalan membantu penduduk Gaza.

Sementara itu pemusnahan, perobohan dan rampasan bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat meningkat dengan sangat ketara dalam tempoh empat bulan pertama 2016, iaitu sebanyak 598 buah bangunan berbanding dengan 548 buah sepanjang tahun 2015 lalu. Secara keseluruhan seramai 858 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal berbanding dengan 787 orang sepanjang tahun 2015. Separuh daripadanya adalah kanak-kanak.

Penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan al-Quds sebaliknya semakin luas, sekaligus mencabul ketetapan undang-undang antarabangsa.

Laporan lengkap boleh dicapai di sini: https://www.ochaopt.org/humanitarian-overview-2015

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts