Omar al-Abed: Zionis lancar serangan psikologi

RAMALLAH, 14 Ogos 2017 — Rumah keluarga Omar al-Abed di perkampungan Kobar di Ramallah kini kosong tanpa penghuni mahupun sebarang perabut.

Pada 21 Julai lalu Omar, 19, memasuki kawasan penempatan haram Halamish, tidak jauh dari rumahnya di perkampungan Kobar, untuk membalas dendam terhadap polis Zionis yang membunuh tiga pemuda Palestin di Masjid al-Aqsa. Beliau menikam mati tiga orang pendatang Yahudi. Omar kemudiannya ditembak sehingga cedera dan ditangkap.

Sejak peristiwa tersebut ibubapa dan empat adik beradiknya, dua daripada mereka cacat, bersama beberapa orang saudara mereka diserang bertalu-talu dan secara tidak berperikemanusiaan oleh pihak tentera dan perisikan Zionis.

Tentera Zionis menyerbu rumah dan perkampungan mereka hamoir setiap hari, bukan sahaja untuk menghukum keluarga Oamr bahkan seluruh 6,000 orang penduduk Kobar.

Keluarga Omar mengosongkan rumah dan menumpang tinggal di rumah saudara mereka, kerana menjangkakan pihak rejim akan meroboh rumah tersebut.

Ibunya, Ibtisam, ditangkap dua hari selepas insiden tersebut atas tuduhan menghasut.

Beliau dibebaskan beberapa selepas itu dengan denda sebanyak US$3,000. Namun Ibtisam ditangkap semula bersama suaminya Abdul Jalil beberapa hari kemudian.

Anak sulungnya Khaled ditangkap ketika menunggu isterinya yang akan bersalin di Hospital Ramallah. Seorang lagi anaknya Munir, seorang pelajar di Univerisiti Birzeit, turut ditangkap.

Setakat ini seorang lagi anak lelaki dan anak perempuannya, kedua-duanya cacat, masih selamat daripada gangguan tentera Zionis. Pun begitu, tidak ada lagi sesiapa yang dapat menjaga mereka kerana seluruh ahli keluarga kini ditahan.

Abang kepada suaminya, Ibrahim, yang memberi menjemput keluarga Omar menumpang hidup dalam rumanhya, turut ditangkap.

Penjajah Zionis benar-benar sedang melancar perang psikologi ke atas seluruh keluarga dan penduduk Kobar. Kata seorang adik Abdul Jalil, “Tentera datang ke kampung kami setiap malam dengan membawa buldozer dan menuju ke rumah abang saya dan berjaga di situ sehingga ke pagi, kemudian mereka beredar keluar tanpa membuat apa-apa. Ini sebahagian daripada perang psikologi mereka.”

Perkampungan Kobar dikepung sejak insiden itu, di mana tentera menutup laluan masuk utama dan menghalang penduduk bergerak. “Ada penduduk yang sakit kencing manis, barah dan juga mereka yang terpaksa menjalani dialisis. Apabila jalan ditutup, mereka tidak dapat ke hospital,” kata Daruk Bandar, Izzat Badran.

“Bila tentera berundur, pemuda kampung keluar dan membuka semula laluan. Tetapi setiap kali kami buat begitu, tentera datang semula dan menutup jalan. Ia berulang-ulang sebanyak enam kali setakat ini,” jelas Izzat. “Kami tidak akan menyerah kepada penjajahan.”

Tiada siapa dapat menjangka bilakah rejim Zionis akan menghentikan hukuman mereka ke atas penduduk Kobar.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts