PA bantu Zionis serang ibu bekas tahanan, tangkap bapanya dan 5 penduduk lain Tebing Barat

TEBING BARAT, 15 Jun 2016 (PIC) — Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) secara ganas menyerang ibu kepada orang bekas tahanan Mohamed Amour sebelum menangkap suaminya di bandar Yatta, al-Khalil. Mereka turut menangkap lima yang lain di Tebing Barat.

Serangan ganas tersebut dilakukan tidak lama selepas tentera Zionis menghentikan sekatan ke atas bandar Yatta. Mereka menggeledah rumah keluarga Mohamed dan merampas sebuah komputer riba. Mohamed dibebaskan minggu lalu setelah menjalani hukuman tahanan pentadbiran selama 22 bulan.

Pasukan keselamatan PA juga melakukan kempen serangan dan mencari di bandar Dura di selatan al-Khalil. Sekurang-kurangnya lima orang ditangkap, termasuk empat bekas tahanan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts