PA henti biaya bekalan elektrik untuk Gaza

GAZA, 27 Apr 2017 (PIC) — Pihak Berkuasa Palestin (PA) memutuskan untuk berhenti membayar kepada negara haram Zionis untuk saliran bekalan elektrik ke Gaza.

Gaza mendapat bekalan sebanyak 125 megawatt melalui 10 talian tenaga dari negara haram itu, iaitu memenuhi 30& daripada keperluan elektrik. Kos bekalan sekitar US$11 juta setiap bulan untuk wilayah yang terkepung itu dibayar melalui potongan hasil cukai milik PA yang dikutip melalui pihak berkuasa Zionis.

Tindakan tersebut bakal mengeruhkan lagi krisis tenaga elektrik di Gaza yang sejak kebelakangan ini mendapat bekalan hanya selama empat jam sehari.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts