PA potong gaji guru dan doktor di Gaza

GAZA, 12 Feb 2019 — Pihak Berkuasa Palestin (PA) mula memotong gaji 263 pekerja Kementerian Kesihatan, kebanyakannya doktor, dan 400 pekerja Kementerian Pendidikan termasuk sebilangan besar guru di Gaza.

Kenyataan dua kementerian tersebut semalam mendakwa tindakan tersebut sebagai melanggar hak-hak pekerja perkhidmatan awam Palestin, dan membawa kesan negatif kepada perkhidmatan di Gaza.

Tindakan PA itu mengeruhkan lagi keadaan di mana kedua-dua kementerian tersebut tidak menerima dana pengurusan dan operasi sejak beberapa tahun lalu.

Pemotongan gaji hanya dibuat kepada pegawai PA di Gaza, serta keluarga mereka yang terbunuh, tercedera dan ditangkap oleh tentera Zionis.

Gaza dikepung oleh rejim Zionis sejak 13 tahun lalu, dan PA mengenakan hukuman secara kolektif ke atas penduduknya sejak April 2017, bermula dengan memotong gaji sebanyak 25%, dan kemudian 50%, di samping memaksa 7,000 pekerja bersara.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts