Paksa Makan – ICRC Beri Amaran Kepada Doktor Zionis

RAMALLAH, 23 Jun 2014 — International Committee of the Red Cross (ICRC) memberi amaran kepada doktor-doktor Zionis terhadap tindakan memaksa tahanan mogok lapar makan (force-feeding).

Seorang pegawai ICRC di sini, Dr Raid Abu Rabbi, berkata “mana-mana doktor yang memberi tahanan makan secara paksa adalah melanggar etika perubatan, dan di Israel mahupun di luar, doktor ini boleh ditangkap.” Mereka boleh didakwa di bawah undang-undang antarabangsa.

Rang undang-undang bagi membenarkan tindakan memberi para tahanan mogok makan secara paksa dijadualkan untuk diluluskan oleh parlimen Zionis hari ini, Isnin. Bagaimanapun Kementerian Kewangan rejim Zionis mengeluarkan ugutan untuk membatalkan cadangan tersebut, menyebabkan proses pengundian ditangguhkan.

———–

Sumber : Maan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts