Palestin bangkit memperingati hari Nakba, puluhan terbunuh dan tercedera (*bergambar)

15 Mei — Rakyat Palestin di Tebing Barat, Gaza dan juga negara-negara jiran Lubnan, Syria, Mesir dan Jordan telah mengadakan perhimpunan bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah kemanusiaan — hari Nakba. Pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah terdiri di atas runtuhan perkampungan dan tumpahan darah rakyat Palestin. Hari ini, mereka bergerak ke sempadan sebagai memprotes kebinatangan rejim Zionis ini, dan menuntut hak mereka untuk kembali ke bumi asal milik mereka sejak turun-temurun.
Hampir 500 buah kampung dan bandar dimusnahkan, menyebabkan lebih 700,000 orang Palestin terpaksa menyelamatkan diri ke negara luar dan juga daerah Gaza. Jumlah pelarian Palestin yang berdaftar dengan UNRWA pada tahun 2010 adalah seramai 4.7 milion orang. 1.4 juta daripada mereka tinggal di kem-kem pelarian di daerah-daerah sempadan dalam keadaan serba dhoif dan bergantung kepada bantuan luar.
Tentera Israel bertempur dengan rakyat Palestin di Tebing Barat
Dalam kejadian memperingati hari Nakba di Gaza, tentera Israel menembak mati dua orang penunjuk perasaan yang sedang menyertai protes berdekatan sempadan Israel di Erez. Seramai 65 orang lain tercedera dalam serangan oleh tentera Israel yang menyasarkan tembakan menggunakan kereta kebal, helikopter Apache dan jet F-16.
PressTV juga melaporkan kejadian pertengkaran antara rakyat Palestin dan polis Israel di pos pemeriksaan Qalandiya yang terletak antara Ramallah dan Baitulmaqdis. Seorang terbunuh dan 150 lagi tercedera dalam kejadian tersebut.
Polis menembak gas pemedih mata di Al-Karameh, Jordan
Tentera Israel juga menyerang para peserta perhimpunan di Dataran Tinggi Golan Syria, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan mencederakan 30 yang lain.
Dalam kejadian di selatan Lubnan, PressTV melaporkan bahawa tentera Isreal telah membunuh seramai 6 orang penunjuk perasaan dan mencederakan lebih 70 orang yang lain, 13 daripada mereka mengalama keceraan teruk. Kejadian ini merupakan insiden yang paling serius di kawasan Blue Line sejak tahun 2006.
Manakala di Jordan, ramai penunjuk perasaan tercedera apabila mereka bertempur dengan polis di kawasan al Karameh, berdekatan sempadan Jordan dan Tebing Barat. Polis dilaporkan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Dengan mengibarkan bendera Palestin, penunjuk perasaan menyahut slogan-slogan menyokong Palestin. Selama dua hari berturut-turut mereka mereka dihalang daripada mendekati sempadan di Sungai Jordan.
Di Turki pula, aktivis berkumpul di kediaman Duta Besar Israel di Ankara bagi menunjukkan protes terhadap negara haram Israel.
Protes juga turut diadakan di Kedutaan Israel di Kaherah. Ribuan rakyat Mesir berhimpun menuntut supaya dihentikan pendudukan kerajaan haram Israel di atas bumi Palestin. Mereka juga mendesak kerajaan interim Mesir supaya menamatkan perjanjian keamanan dengan Israel yang berlanjutan sejak 32 tahun lalu. Rejim Mesir di bawah kepimpinan Hosni Mubarak komited membantu Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak tahun 2007.
Perdana Menteri Ismail Haniyyeh mendesak rakyat Palestin untuk terus menentang kezaliman rejim Zionis demi membebaskan bumi mereka. Beliau juga menyatakan harapan agar suatu hari nanti semua rakyat Palestin akan dapat kembali ke tanah air dan rumah mereka yang dirampas.
Kanak-kanak turut menyertai perhimpunan memperingati hari Nakba dengan membawa kunci-kunci simbolik rumah mereka yang dirampas oleh Israel
Seorang wanita Palestin duduk di atas bumbung rumanhya di perkampungan Walaqah di selatan al Quds, memerhatikan warga Palestin mengadakan protes
Rakyat Palestin mengadakan perhimpunan sempena memperingati hari Nakba yang ke-63, iaitu sempena berdirinya negara haram Israel pada taun 1948
Kanak-kanak menjulang kunci simbolik rumah mereka dan generasi awal mereka, dan berharap suatu hari nanti akan pulang ke rumah mereka
Polis di Gaza cuba menghalang penduduk daripada bergerak ke sempadan Israel
Mereka yang mara ke sempadan Israel disambut dengan tembakan oleh tentera Israel, menyebabkan ramai tercedera
Tentera Israel berhadapan dengan peserta perhimpuan di Majdal Shams di Bukit Golan. Dilaporkan beberapa orang peserta yang terbunuh dan ramai lagi tercedera
Peserta perhimpunan dari Lubnan bergerak dengan menaiki bas ke sempadan Lubnan-Israel
Tentera Lubnan cuba meleraikan penunjuk perasaan di Maroun al-Rass, berdekatan sempadan Israel
Polis Israel berpakaian preman yang dan turut bersama-sama penunjuk perasaan menangkap pemuda di AlQuds Timur
[/caption]

Perhimpunan di Dataran Tahrir, Kaherah
———————-
Sumber berita: PressTV, Al-Jazeera, Ma’an, BBC dan Hareetz.
LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts