Palestin dilanda cuaca sejuk dan salji

BEIT LAHM, 17 Jan 2019 — Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi dilanda cuaca sejuk dan hujan, disusuli dengan salji.

Salji turun di kawasan Masjid al-Aqsa dan beberapa wilayah lain di Tebing Barat. Beberapa jalan ditutup di kawasan al-Khalil kerana salji yang tebal. Salji bagaimanapun cair menjelang waktu pagi, di mana suhu berada dalam linkungan empat hingga sembilan darjah Celcius.

Angin kuat dan hujan lebat turut melanda wilayah Gaza, menyebabkan kerosakan tanaman dan struktur bangunan pertanian.

(PNN, PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts