Palestin diterima keahlian penuh INTERPOL

BEIJING, 27 Sep 2017 — Palestin diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Polis Antarabangsa (INTERPOL) dalam undian yang diadakan di perhimpunan agung ke-86 di Beijing hari ini.

Undian tersebut mendapat sokongan dari 75 buah negara, manakala 24 yang lain termasuk rejim Zionis dan Amerika membantah dan 34 lagi berkecuali.

Dengan keahlian sebanyak 192 uah negara, INTERPOL adalah pertubuhan antarabangsa kedua terbesar iaitu selepas PBB. Ia membolehkan anggotanya bertukar maklumat perisikan dan bekerjasama dalam menangani jenayah antarabangsa.

Rejim Zionis bimbang keanggotaan Palestin boleh memyebabkan pemimpin atau penduduknya ditangkap serta maklumat mereka bocor.

Susulan perkembangan ini, Menteri Alam Sekitar Zionis Ze’ev Elkin mendesak supaya semua kemudahan termasuk permit khas perjalanan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) sejak dua tahun lalu dibatalkan.

(PIC, PNN)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts