Ahli Parlimen Israel: Semua Penumpang Mavi Marmawa Wajar Dibunuh Kerana Mereka Pengganas

Ahli Parlimen Knesset Israel, Danni Dannon - Gambar:Wikpedia

Sumber-sumber Israel melaporkan pada Rabu (15/12) bahawa Ahli Parlimen Knesset Israel dari Parti Likud, Dani Dannon, telah mengirim surat kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengatakan kepadanya bahawa tentera Israel sewajarnya telah membunuh semua penumpang Kapal Mavi Marmara yang menuju ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan.

Selama serangan yang berlangsung pada tarikh 31 Mei, tentera Israel yang merampas kapal mavi marmara sebelum menariknya ke Asdod, menembak dan menewaskan sembilan aktivis Turki dan beberapa orang lainnya mengalami kecederaan.

Dalam suratnya, Dannon mengatakan bahawa dia kecewa dengan komandonya kerana “punyai banyak kepakaran tetapi hanya menewaskan sembilan aktivis”.

Dia menambah bahawa “Israel tentu sudah mengetahui bahawa yang berada di atas kapal itu adalah pengganas, para askar patut menerima arahan untuk membunuh semua orang yang mengancam keselamatan mereka”.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membantah laporan yang menyatakan bahawa Israel bercadang untuk membayar pampasan kepada para keluarga dari sembilan aktivis keamanan Turki yang terbunuh ketika tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang menyertai armada kebebasan yang menuju ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan. (imc)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts