BAITULMAQDIS, 21 Mei 2018 — Paraguay hari ini membuka pejabat kedutaannya di kota suci Baitulmaqdis, menjadi negara kedua berbuat demikian selepas Amerika memindahkan pejabat kedutaanya dari Tel Aviv Isnin lalu.
Kementerian Luar Palestin mengecam tindakan Paraguay, dan melihat langkah itu sebagai satu keganasan ke atas bangsa Palestin dan hak-hak mereka, mencabul undang-undang antarabangsa serta resolusi-resolusi PBB.
(PIC)