Paramedik Palestin diserang ketika bantu mangsa tembakan

RAMALLAH, 13 Mac 2018 — Sebuah rakaman video memapar kejadian pasukan tentera Zionis menyerang dan mengugut paramedik Palestin yang cuba menyelamatkan seorang pemuda yang ditembak dalam pertempuran di al-Bireh dua hari lalu.

Dalam kejadian berdekatan Universiti Birzeit itu seorang pemuda cuba membantu seorang rakannya yang cedera ditembak, sebelum tentera Zionis terus menyerang dan cuba menangkap mereka.

Petugas paramedik wanita Nisreen Amireh bersama rakan-rakan sepasukan Ayman Qurt, Attiyeh al-Dweik dan Muhammad Omar yang berada di tempat kejadian dipukul dan disembur dengan gas lada pemedih mata, serta diugut dengan tembakan peluru hidup ke udara.

Bagaimanapun, pasukan paramedik tersebut tetap berkali-kali cuba menyelamatkan mangsa dan akhirnya berjaya membawa beliau ke dalam sebuah ambulan.

Sementara Nisreen bertahan sambil melawan dua orang askar untuk merawat rakan mangsa tersebut, yang turut cedera. Beliau berjaya menghalang askar-askar sehinggalah kawan-kawan pasukannya datang semula untuk membantu.

Nisreen berkata, “Ini adalah kali ketiga saya cedera ketika menjalankan tugas, tapi ia tidak akan menghentikan kami daripada menjalankan kerja-kerja kemanusiaan.”

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts