Parlimen Zionis lulus undang-undang tahan jenazah penduduk Palestin

BAITULMAQDIS, 27 Feb 2018 — Parlimen Zionis (Knesset) petang semalam meluluskan bacaan pertama cadangan undang-undang yang membenarkan pihak rejim menahan dan mengharamkan upacara pengkebumian jenazah-jenazah penduduk Palestin.

Seramai 57 Ahli Parlimen menyokong, 11 yang lain membantah dan bakinya berkecuali.

Undang-undang tersebut membenarkan polis Zionis menahan jenazah dan hanya menyerahkan semula kepada keluarga mereka selepas bersetuju kepada syarat-syarat berkaitan masa, proses, tempat dan cara pengkebumian.

Ia dicadangkan oleh Menteri Keselamatan Gilad Erdan dan Menteri Keadilan Ayelet Shaked atas alasan untuk mengekang keganasan dan hasutan ketika upacara pengkebumian. Ia juga bertujuan untuk memberi tekanan kepada pasukan pejuang Palestin supaya meneyrahkan askar-askar Zionis yang ditawan.

Undang-undang itu turut menggugurkan hak Mahkamah Tinggi Zionis untuk membantah arahan polis menahan jenazah.

Rejim Zionis masih menahan 253 jenazah penduduk Palestin. Sebahagian daripada mereka dipindahkan ke perkuburan rahsia yang hanya ditanda dengan nombor-nombor, selepas disimpan dalam bilik-bilik mayat.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts