Parlimen Zionis lulus undang-undang untuk kekang aktiviti pertubuhan hak asasi

NAZARETH, 12 Julai 2016 (PIC) — Parlimen Zionis yang juga dikenali sebagai Knesset semalam telah meluluskan satu undang-undang baharu bagi mengekang aktiviti pertubuhan hak asasi yang cuba menentang penjajahan ke atas wilayah Palestin dan polisi Zionis ke atas penduduk Palestin.

Melalui undang-undang yang diusulkan oleh Menteri Keadilan Zionis, Ayelet Shaked, dan disokong oleh Benjamin Netanyahu itu, pertubuhan hak asasi yang menerima lebih separuh daripada dana mereka dari luar negara, termasuk dari kerajaan Eropah, perlu mendedahkan laporan rasmi serta maklumat lain seperti sesi mesyuarat, temubual dan juga transmisi emel.

Antara pertubuhan yang terkesan dari undang-undang tersebut adalah Breaking the Silence, B’Tselem, Peace Now dan Yesh Din.

Bagaimanapun undang-undang tersebut tidak terpakai kepada pertubuhan berhaluan kanan dan NGO yang menyokong penempatan Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts