Parlimen Zionis tangguh undian deraf undang-undang haramkan azan untuk kali ke-3

AL-QUDS, 7 Dis 2016 (PIC) — Parlimen Zionis, Knesset, hari ini buat kali ketiga menangguhkan undian ke atas deraf undang-undang bagi mengharamkan laungan azan menggunakan pembesar suara di semua masjid dalam seluruh wilayah Palestin 1948 yang terjajah.

Alasan penangguhan tersebut tidak dijelaskan. Bagaimanpun Ahli Parlimen dari Arab Joint List, Ahmed Tibi, berpendapat ianya disebabkan oleh perbezaan pendapat dalaman parti pemerintah Zionis sendiri, di samping pendirian Presiden Zionis Reuven Rivlin yang tidak bersetuju undang-undang tersebut. “Ianya hanyalah satu penangguhan, bukan pembatalan sepenuhnya deraf tersebut,” kata Ahmed Tibi.

Media Zionis melaporkan penangguhan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Zionis Benjamin Netanyahu membuat cadangan supaya pengharaman laungan azan dikenakan pada setiap masa, bukan hanya di waktu malam.

Presiden Zionis dilaporkan cuba menggugurkan deraf undang-undang tersebut berikutan permintaan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts