Pasca Mavi Marmara Berdarah: Netanyahu Bertegas Sekatan Ke Atas Gaza Tetap Diteruskan

2 Jun – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengumumkan pada hari Selasa (2/6) bahawa Israel tidak akan menamatkan sekatan ke atas Gaza.  Beliau mengatakan bahawa sikap pentadbirannya terhadap Gaza tidak berubah,bahkan sekatan tidak akan ditarikbalik selama Hamas terus mentadbir Gaza.

Hamas adalah parti yang menang besar dalam pilihanraya 2006 dalam dewan perundangan Palestin dan tempatan.

Netanyahu menyebur askar Israel yang melakukan serangan terhadap armada Flotilla Kebebasan adalah kerana mereka berdepan dengan armada “kekerasan” dan bukan armada untuk perdamaian.

Beliau juga mengatakan bahawa Israel mempunyai bukti bahawa para aktivis di kapal menggunakan “gergaji, kapak, pisau, besi,” dan menambah “mereka mungkin membawa senjata.”

Netanyahu mengatakan bahawa “dia menyesal atas  kehilangan nyawa dalam serangan itu” tetapi katanya lagi “Israel tidak akan membenarkan kemasukan alat tempur ke Gaza.”

Netanyahu mengatakan dia sudah bercakap dengan Presiden Mesir Hosni Mubarak, Canselor Jerman Angela Merkel, dan Perdana Menteri Britain David Cameron.

Satu-satunya bukti Israel yang mengatakan aktivis membawa senjata adalah sedutan video yang tidak berkualiti. Perlu dicatat bahawa kapak dan pisau dan beberapa senjata yang kononnya aktivis dituduh mengacukan, adalah alat yang biasa ditempatkan dalam sesebuah kapal yang belayar di laut. (immec)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts