RAMALLAH, 31 Okt 2018 — Pasukan bersenjata khas penjara Zionis awal pagi tadi menyerbu bilik-bilik kurungan di penjara Ofer dan mengganggu serta menganiayai para tahanan.

Mereka menyerang bilik-bilik kurungan dalam Seksyen 15, 17 dan 18 penjara Ofer secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang alasan. Semua seksyen tersebut kemudian ditutup sebelum bilik-bilik kurungan digeledah.

Kira-kira 360 tahanan Palestin dikurung dalam Sekyen 15, 17 dan 18 penjara Ofer.

(PIC, Maan)

SHARE