Pasukan bersenjata Zionis gempur tahanan dalam penjara Naqab

GURUN NAQAB, 3 Mac 2019 — Pasukan bersenjata khas penjara Zionis malam tadi menggempur dan menggeledah khemah-khemah tempat berteduh tahanan Palestin dalam Seksyen 7 di penjara Naqab.

Mereka menggeledah khemah-khemah, mundar-mandir di kawasan tersebut dengan membawa senjata bagi tujuan menakut-nakutkan tahanan.

Keadaan semakin tegang dalam penjara Naqab sejak beberapa hari lalu selepas pihak penjara memasang peranti untuk mengganggu signal radio, TV dan komunikasi. Peranti-peranti tersebut menyebabkan para tahanan mengalami sakit kepala, sehingga menimbulkan kebimbangan ia membawa ancaman barah.

Terdahulu, seorang tahanan yang sakit di penjara Naqab enggan mengambil ubat dan menerima rawatan dalam klinik penjara kerana membantah pemasangan peranti tersebut.

Penjara Gurun Naqab adalah antara pusat tahanan Zionis yang terbesar, di mana sekitar 2,000 penduduk Palestin dikurung.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts