Pasukan keselamatan PA bantu tentera Zionis selamatkan pendatang Yahudi

BEIT LAHM, 5 Mei 2016 (PIC) — Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) tengahari semalam membantu tentera Zionis membawa keluar empat orang pendatang Yahudi yang menceroboh masuk dan berkeliaran ke sebuah perkampungan Khirbet al-Loz di Beit Lahm.

Kumpulan pendatang terbabit yang berasal dari bandar Ashdod dikatakan dalam perjalanan rekreasi ke kawasan Laut Mati. Mereka mendakwa tersalah masuk ke perkampungan Palestin tersebut.

Pasukan PA mengiringi mereka ke sebuah pengkalan tentera Zionis yang berdekatan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts