Pasukan keselamatan PA serbu Nablus, 35 cedera

NABLUS, 25 Ogos 2016 (PIC) — Sekurang-kurangnya 35 penduduk Palestin cedera sesak nafas apabila pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) melepaskan tembakan gas pemedih mata ketika menyerbu masuk dan bertempur dengan pemuda di kota Nablus malam tadi.

Ambulan serta paramedik Bulan Sabit Merah Palestin berkejar ke Kota Lama Nablus untuk membantu mangsa.

Kebanyakan kedai di kota Nablus ditutup pagi tadi sebagai menyahut seruan mogok oleh beberapa pemimpin dan kumpulan pejuang Palestin, berikutan kes kematian tahanan Ahmad Ezz Halaweh akibat dipukul oleh pasukan keselamatan PA di perkarangan penjara al-Junaid sejurus selepas ditangkap tiga hari lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts