PBB: 254 penduduk Gaza terbunuh, 23,000 tercedera

GAZA, 22 Jan 2019 — Laporan yang diterbitkan oleh Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) semalam mengesahkan seramai 254 penduduk Palestin telah terbunuh dan lebih 23,000 yang lain tercedera diserang tentera Zionis sejak 30 Mac 2018 sehingga akhir tahun lalu.

Menurut badan PBB itu, daripada 254 penduduk Palestin terbunuh di Gaza dari 30 Mac hingga 31 Disember 2018, seramai 180 orang yang terbunuh ketika menyertai perhimpunan GRM di kawasan sempadan. Manakala bakinya akibat serangan dalam kejadian-kejadian lain. Seramai 44 mangsa adalah kanak-kanak dan empat yang lain adalah wanita.

OCHA turut menegaskan “23,603 penduduk Palestin tercedera sepanjang tempoh sama, hampir semuanya ketika menyertai GRM, termasuk 5,183 kanak-kanak lelaki, 464 kanak-kanak perempuan dan 1,437 wanita.”

Bilangan kematian dan kecederaan terbesar berlaku pada bulan Mei, di mana 80 orang terbunuh dan 5,981 tercedera dalam perhimpunan membantah tindakan Amerika memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke kota suci Baitulmaqdis.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts