PBB: Zionis bina lebih 700 sekatan kekal di Tebing Barat

LONDON, 9 Okt 2018 — Kajian komprehensif yang dijalankan oleh agensi PBB, Office for the Coordination of Humanitarian Affairs – OCHA, pada bulan Julai lalu mendedahkan bahawa rejim Zionis telah membina 705 sekatan jalan dengan binaan kekal bagi mengekang pergerakan penduduk Palestin di Tebing Barat.

Angka tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 3% berbanding data pada bulan Disember 2016, dengan bilangan tebanyak di wilayah Ramallah di mana 15 sekatan baharu telah dibina.

Laporan OCHA menyenaraikan sekatan-sekatan tersebut sebagai 140 sekatan yang dikawal sepenuh masa, 165 dalam bentuk pagar yang tidak dikawal dan sekitar separuh daripadanya ditutup setiap masa, 149 sekatan dalam bentuk timbunan tanah dan kotoran, dan 251 yang lain dalam bentuk longkang dan lain-lain sekatan jalan.

Di samping itu, tentera Zionis turut membina 4,924 sekatan sementara dalam tempoh dari Januari 2017 hingga Julai 2018, iaitu pada purata 60 sekatan seminggu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts