PBB: Puluhan anak-anak pelarian maut akibat cuaca sejuk di Syria

GENEVA, 31 Jan 2019 — World Health Organisation (WHO), hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa hampir 30 bayi dan anak-anak pelarian meninggal dunia akibat cuaca sejuk di kem Hasakeh, timur laut Syria, sejak dua bulan lalu.

Agensi PBB itu menyebut punca utama kematian tersebut adalah akibat hypothermia.

“Sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak dan bayi dilaporkan meninggal dunia sejak lapan minggu lalu, terutamanya akibat hypothermia, ketika berpindah atau sejurus selepas tiba [di kem Hasakeh],” sebut kenyataan WHO.

WHO turut menyatakan kebimbangan ke atas pelarian yang berpindah ke kem al-Hol, iaitu destinasi utama mereka yang melarikan diri dari pertempuran antara tentera asing dan kumpulan Daesh.

Dianggarkan 33,000 pelarian terutama wanita dan kanak-kanak sedang berhadapan dengan keadaan cuaca sejuk yang kritikal. Sekitar 23,000 wanita dan kanak-kanak yang meninggalkan kawasan pinggiran Dayr al-Zawr tiba di situ sejak dua bulan lalu. Sebahagian besar daripada mereka berjalan kaki selama beberapa hari, dan tiba dalam keadaan letih dan kelaparan.

“Ribuan orang terpaksa bermalam di kawasan terbuka kem tersebut tanpa khemah, selimut atau alat pemanas,” tambah WHO.

(Elfalasteen, PressTV)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts