PBB Terima Resolusi Menolak Deklarasi Trump

NEW YORK, 22 Dis 2017 — Perhimpunan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) malam tadi meluluskan resolusi mengecam dan menolak deklarasi Presiden Amerika Donald Trump berkaitan kota Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis.

Sebanyak 128 buah negara menyokong resolusi tersebut termasuk 28 negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan Jerman, berbanding sembilan yang membantah iaitu Amerika Syarikat, Israel, Togo, Micronesia, Nauru, Palau, Marshall Islands, Guatemala, dan Honduras. Manakala 35 negara berkecuali termasuk Kanada, Australia dan Mexico dan lima negara Eropah.

Wakil-wakil dari 21 buah negara tidak menghadiri sesi undian, selepas diugut oleh Amerika dan pelobi Zionis.

Keputusan undian tersebut jelas menunjukkan pendirian masyarakat dunia yang tidak tunduk kepada desakan dan ugutan Amerika. Semalam, Amerika mengeluarkan amaran untuk menghentikan bantuannya kepada negara-negara yang menyokong usul tersebut.

(PNN, MEMO, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts