Pegawai Zionis ceroboh masuk tanah perkuburan al-Rahma

AL-QUDS, 2 Ogos 2016 (PIC) — Sekumpulan pegawai Jabatan Antikuiti dan Alam Zionis pagi semalam menceroboh masuk dan meninjau kawasan tanah perkuburan Islam di pintu al-Rahma, bersebelahan Masjid al-Aqsa.

Rejim Zionis baru-baru ini meratakan tanah di perkuburan tersebut atas alasan bahawa sebarang pembinaan tidak dibenarkan di kawasan tersebut.

Tanah perkuburan itu merupakan salah satu tapak sejarah atau monumen Islam yang tertua di al-Quds, di mana beberapa orang Sahabat Rasululah SAW disemadikan.

Rejim Zionis mengharamkan pengkebumian jenazah Palestin di situ kerana mereka merancang untuk membina sebuah “taman negara,” iaitu sebahagian daripada egenda Yahudisasi ke atas al-Quds dan memalsukan sejarah Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts