GAZA, 27 Jun 2018 — Pasukan pejuang Palestin di Gaza pagi tadi melancarkan lima roket ke arah lokasi-lokasi pengkalan tentera Zionis di kawasan penempatan haram berdekatan sempadan.

Serangan tersebut merupakan tindak balas terhadap serangan tentera Zionis di kem pelarian Nusseirat awal pagi tadi.

Siren amaran dibunyikan di seluruh kawasan penempatan haram susulan serangan itu.

Awal pagi tadi, pesawat dron tentera udara Zionis menyerang sebuah kenderaan awam di kem pelarian Nuseirat, tengah wilayah Gaza. Seorang penduduk cedera dalam serangan tersebut.

Letupan bom yang kuat menyebabkan suasana takut dan penik di kalangan kanak-kanak yang terkejut dari tidur.

(Elfalasteen)

SHARE