Pekerja agensi bantuan Turki dihukum penjara 9 tahun

GAZA, 16 Julai 2018 — Mahkamah Pusat Zionis di Beersheba semalam menjatuhkan hukuman penjara selama sembilan tahun ke atas seorang warga Palestin yang bekerja dengan Turkish Cooperation and Coordination Agency (TIKA).

Mohamed Murtaja, 39, merupakan wakil TIKA di Gaza sejak tahun 2012. Beliau ditangkap pada 12 Februari 2017 di pintu lintasan Beit Hanoun (Erez) ketika menuju ke Turki untuk menjalani latihan profesional.

Mohamed disabitkan dengan tujuh tuduhan, antaranya adalah menjadi ahli Briged al-Qassam dan juga menyalurkan sumber-sumber kewangan kepada Hamas.

Peguam beliau, Khaled Zabarka, menyifatkan hukuman tersebut sebagai keputusan berbaur politik dan rejim Zionis cuba menyasar institusi bantuan kemanusiaan di Gaza.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts