Pekerja awam Palestin derma 1% gaji untuk tabung bina semula rumah

RAMALLAH, 12 Jan 2016 (Maan) — Kesatuan Pekerja Awam Palestin semalam mengumumkan untuk menghulurkan 1% daripada gaji mereka bulan ini bagi keluarga Palestin yang mana rumah mereka dimusnahkan oleh rejim Zionis kerana ahli keluarga mereka dikaitkan sedngan serangan terhadap rejim Zionis.

Ketua kesatuan, Bassam Zakarneh, menjangkakan sebanyak 16 juta shekel akan dapat dikumpul, sekaligus dapat membantu keluarga terbabit masuk ke rumah baharu mereka dalam tempoh enam bulan. Menurut beliau, sebanyak 90 juta shekel akan dapat dikumpul sekiranya kesatuan yang lain di Palestin mengambil langkah yang sama.

Langkah tersebut diambil bagi berhadapan dengan polisi rejim mengenakan hukuman secara kolektif secara agresif terhadap penduduk Palestin.

Proses menjalankan hukuman secara kolektif dengan merobohkan rumah keluarga suspek atau pesalah telah dipercepatkan oleh pemimpin Zionis Benjamin Netanyahu pertengahan Oktober lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts