Pekerja Jabatan Wakaf diharamkan masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 12 Dis 2016 (PIC) — Polis penjajah Zionis hari ini mengharamkan pekerja Jabatan Wakaf Hussam Seder, 29, daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan, selepas disoal siasat selam lebih dua jam di stesen polis Qishleh, barat al-Quds.

Polis mendakwa kehadiran Hussam di Masjid al-Aqsa membawa ancaman ke atas tapak suci umat Islam itu.

Beliau sebelum ini pernah beberapa kali diharamkan memasuki al-Aqsa, dengan jumlah tempoh larangan selama tiga tahun.

Ketika beliau tidak berada di rumah polis Zionis memecah masuk rumah beliau di Kota Lama dan membuat rakaman video di dalamnya tanpa memberi sebarang alasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts