Pekerja Palestin cedera ditembak tentera Zionis

BEIT LAHM, 15 Mac 2017 (PIC) — Pekerja Palestin Ahmed Rdayda, 31, cedera apabila tentera Zionis menembak sekumpulan pekerja Palestin yang sedang menuju ke tempat kerja mereka di al-Quds.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan Wadi Abu al-Humus di timur Beit Lahm pagi tadi, mangsa cedera ditembak di bahagian peha sebelum ditangkap oleh tentera.

Ahmed dibantu oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di sekatan Mazmourya di timur Beit Lahm sebelum dikejarkan ke hospital Beit Jala.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts