Pekerja Pembinaan Tembok Besi Mesir Anjurkan Aksi Mogok

31 Dis – Akhbar Harian Mesir, Al Wafd menyatakan bahawa sejumlah pekerja perusahaan yang terlibat dalam projek pembangunan tembok besi di sepanjang persempadanan Mesir dengan Jalur Gaza telah melakukan aksi pemogokan.

Para pekerja tersebut menolak meneruskan kerja-kerja pembangunan tembok itu kerana merasa kasihan terhadap rakyat Palestin di Jalur Gaza yang akan menanggung akibat buruk setelah dibangunkan tembok itu, seperti kelaparan dan kematian. Perkara itu mereka ungkapkan dalam sebuah kenyataan yang dimuatkan oleh akhabr harian tersebut pada Selasa (29/12) yang lalu.

Akhbar itu juga menjelaskan lebih lanjut bahawa akibat pemogokan tersebut, perusahaan pelaksana projek kejam itu kemudian telah mengambil sekelompok pekerja baru untuk menyelesaikan pembangunan tembok itu dan para pekerja baru itu dijaga ketat oleh Pihak Berkuasa Mesir, sehingga mereka menyelesaikan pembangunan tembok maut itu.

Pembangunan tembok besi bagi rakyat Palestin di Jalur Gaza itu mengundang pelbagai penolakan dan kebencian terhadap pemerintah Mesir. Para politisi dan ulama, baik di dalam mahupun di luar Mesir, turut telah menyampaikan kecaman mereka ke atas pembangunan tembok maut itu. av/ral.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts