BAITULMAQDIS, 17 Julai 2018 — Pihak perisikan Zionis hari ini mengharamkan wanita Palestin, yang juga seorang pekerja Jabatan Wakaf di Baitulmadis, memasuki tempat kerja beliau di Masjid al-Aqsa selama tiga hari.

Terdahulu, badan perisikan Zionis mengarahkan seorang lagi wanita, Najwa al-Shakhshir, hadir ke pusat interogasi al-Qashalaeh di Bab al-Khalil di Kota Lama Baitulmaqdis. Beliau dibebaskan selepas disoal siasat, namun diarah hadir lagi untuk disoal siasat lebih lama. Beliau kemudiaannya diharamkan memasuki tapak suci umat Islam itu.

Seorang lagi pekerja wanita di Masjid al-Aqsa, Bayan al-Shaikh, diarah hadir untuk disoal siasat pada hari Rabu di sebuah pusat perisikan di kota Baitulmaqdis.

(PIC)

SHARE