BAITULMAQDIS, 6 Nov 2018 — Segerombolan 28 pelajar dari institut-institut keagamaan Yahudi cuba menceroboh masuk dewan solat Musolla Marwani di tenggara perkarangan Masjid al-Aqsa pagi tadi.

Mereka bagaimanapun gagal masuk dan hanya berdiri dihadapan pagar musolla.

Kaum Yahudi menganggap musolla tersebut asalnya adalah kawasan kandang haiwan Nabi Sulaiman.

Sementara itu, 46 pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak di perkarangan tapak suci Masjid al-Aqsa, sambil melakukan ritual Talmud dengan diiring oleh pasukan polis Zionis.

(PIC)

SHARE